Difahamkan, Cikgu Shaari telah berkunjung ke gerai tempatnya bekerja dan menemu bualnya dan memberinya hadiah termasuk wang tunai. Psst! Baca artikel penuh di ohmedia.my #ohmedia #as
Tular di Threads, seorang lelaki bernama Zafree berkongsi pengalamannya memutuskan hubungan selepas teman wanitanya meminta wang hantaran sebanyak RM50,000. Namun, dia menegaskan bahawa keputusan itu bukan semata-mata kerana jumlah wang tersebut. Zafree merasakan bahawa wanita itu lebih berminat untuk menjalin hubungan berbanding mengenali dirinya secara mendalam dan ini membuatkan dia rasa tidak dihargai, lalu memilih untuk berundur demi kebaikan bersama. Kredit: zafreezaharidan #ohmedia #as
“Selagi kamu menonton aku bererti kamu fans ku” Fighter Indonesia, Mitra Waruwu buat comeback untuk bertarung buat pertama kali di Malaysia. Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, Mitra tetap positif dan akan buat yang terbaik. Welcome to Malaysia 🇲🇾🇲🇨 #ohmedia #oharena #fighting #ej
Munafri meluahkan kebimbangan terhadap realiti yang dihadapi segelintir keluarga miskin yang masih memilih untuk mempunyai ramai anak walaupun pendapatan hanya cukup makan. #ohmedia #mf
Fighter Muay Thai asal Kelantan, Shaharuddin mencabar Mitra Waruwu untuk bertarung semula di Warzone X Twins Championship pada Disember. Sebelum ini mereka pernah bertemu di Byon Combat 4 di mana ketika itu Shaharuddin tewas dalam pusingan pertama. Goodluck 🇲🇾🇲🇨🔥 #ohmedia #oharena #warzone #twinschampionship
Adik kepada Elfira Loy, Ezzrin Loy mencuri perhatian apabila videonya bertemu dan berbual bersama bintang Hollywood, Tom Cruise dalam Bahasa Inggeris mendapat pujian ramai. #ohmedia #mf
Seorang bekas pelakon dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal hadir bagi prosiding pertuduhan melibatkan penyebaran sijil nikah palsu dengan seorang putera raja. #ohmedia #as
Surat terbuka itu ditujukan khas kepada Menteri Kesihatan dan kerajaan Malaysia agar membuka mata terhadap beban luar biasa yang ditanggung barisan hadapan sektor kesihatan negara. #ohmedia #as
Siti diceraikan dengan talak dua oleh Aiman semasa menjual produknya secara live. Pergaduhan tersebut disaksikan oleh 20,000 orang dan ketika live itu berlangsung Siti telah mendakwa Aiman sering memukulnya dan menuduh Aiman mengamuk akibat dalam pengaruh dadah. Selain daripada itu, Aiman juga dituduh curang setiap kali keluar rumah. Terdahulu Siti dan Aiman mengakui telah bercerai kemudian kembali rujuk semula selepas pengesahan lafaz cerai. #ohmedia #ab
Pelakon tersohor tanah air, Datin Seri Umie Aida mendedahkan beliau telah dikenakan denda sekitar RM1,000 (NZD$400) selepas pihak imigresen mengesan epal dalam beg tangannya. Kata Umie, dia sebenarnya tidak membawa apa-apa makanan dari Malaysia untuk mengelakkan sebarang masalah imigresen. Namun, cerita bertukar apabila beliau mengambil sebiji epal ketika berada di lounge. Malangnya, buah tersebut masih berada dalam beg tangan ketika tiba di lapangan terbang New Zealand, sekali gus membawa padah apabila beg beliau diimbas dan epal itu dikesan. “Mereka imbas beg dan terjumpa epal dalam beg saya. Jadi kena bayar denda $400 (RM1,000). Rata-rata memberi sokongan dan turut menjadikan kisah ini sebagai peringatan buat semua agar lebih berhati-hati apabila melancong ke negara yang punya undang-undang ketat. #ohmedia #ohartis #ej
Menurut sumber, penyanyi lelaki itu dilaporkan menghampiri Shila sebelum menjerit dengan nada keras seperti memberi satu amaran yang cukup mengganggu emosi. “Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti.”- Kata penyanyi rock terbabit kepada Shila. Difahamkan, ketika kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi, terdapat ramai individu lain yang turut menyaksikan insiden tersebut. Situasi tegang itu mencetuskan kebimbangan buat Shila, yang kemudian membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang. Pihak polis telah mengesahkan menerima laporan tersebut dan kini kes sedang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan ancaman jenayah. #ohmedia #ohartis #ej
Bukan mudah untuk segelintir fans Manchester United menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa kehilangan Piala dan slot ke UCL sekelip mata walaupun ‘Unbeaten’ di UEL. Kekecewaan yang amat besar serta tekanan emosi untuk meneruskan kerja seperti biasa. Ianya tidak termasuk dengan kutukan dari rakan sekerja selama seminggu. Terima kasih Dr Say Shazril kerana sudi merawat fans Manchester United walaupun hakikat sebenar mereka sihat-sihat sahaja. Cuma malu hendak bersemuka dengan orang awam 😳. #ohmedia #oharena #ggmu #ej