Alhamdulillah tahun ke 4 berpuasa dengan Granoila dan Mealto. So far sangat membantu untuk bertenaga sampai tiba waktu buka puasa. Dulu pukul 2 pukul 3 petang anak anak dah merengek mintak bukak puasa hujungnya terpaksa lah mama bagi buka puasa. tapi alhamdulillah sejak buat cara ni masing masing puasa penuh. Ni lah biasa rutin kami di rumah mertua. Tiap tiap tahun dan setiap hujung minggu mmg buka puasa di rumah mertua. Sbb nanti minggu ke 3 je mereka dah berangkat ke Mekah beraya kat sana. You all pula macam mana sahur tadi? Selamat menyambut Ramadhan mubarak! 💚
#ad Alhamdulillah dari awal kahwin mmg full seminggu beraya rumah mak sendiri sbb mertua beraya di Mekah. Pasangan lain mungkin ada yang bergaduh nak balik beraya mana tapi untuk kami alhamdulillah secara tak langsung mertua dah selesaikan isu tu. Pada saya ia satu rezeki yang tak ternilai. Walaupun “kampung” cuma 20 minit dari rumah tapi vibe balik kampung tu tetap diwujudkan. Esok misi merewang dan berkumpul ramai ramai adik beradik. Esok lah baru start meriahnya sbb semua ada. Btw You all balik beraya mana tahun ni? Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin 💚
Musim musim panas ni, nak tambah extra aircond macam tak berbaloi, maka kita beli lah MPPA Portable Aircond dari Midea. Yang best nya sebab dia boleh bawak ke mana yang kita nak dia berada. Panas kat dapur haa jom kita bawak gi dapur. Panas kat ruang tamu haa jom bawak gi ruang tamu. Sejuk dia sama macam aircond yang kat dinding cuma nya dia tak sejuk keseluruhan tempat utk ruang yang besar sbb aircond ni 1hp. Tapi kalau letak dalam ruang bilik yg kecik mmg recommend. Pasang DIY je. Pasang sendiri zup zap zup zap siap! Haa gitu. You all yang nak tambah tambah aircond tu jangan lupa dapatkan MPPA Portable Aircond dari Midea! Btw Selamat Hari Raya! #Midea #mppaportableaircond #aircond #airconddiy
Cerita hari ini. Seronok betul kalau balik kampung adik beradik ramai. Meriah sungguh. Hari ni pulak ibu buat munjung. Saya tak tau lah munjung ke ngunjung ke tapi ni lah aktiviti setiap kali bulan puasa. Budaya orang jawa. Hantar masakan rumah ke rumah. Satu kampung ni semua sedara mara. Syok wehhh. You all yang orang jawa masih buat lagi ke aktiviti ni? Hehhe
Kunci hidup tenang saya ialah setiap pagi saya akan wajibkan diri saya menulis 10 kesyukuran. Kesyukuran no 1 yang saya tulis mestilah: 1) Aku bersyukur masih diberi nikmat bernafas dan Allah beri peluang untuk ubah diri sendiri jadi lebih baik hari ini. Semoga yang baik baik untuk aku hari ini 🥹 Ya. Saya juga manusia biasa. Kadang lupa nak bersyukur sedangkan bnyak nikmat yang Allah bagi. Dan inilah cara yang saya buat nak pastikan saya sentiasa bersyukur. Ya betul Allah tarik kita satu nikmat dengan ujian hidup tapi kita lupa nak bersyukur dengan apa nikmat yang kita sedang dan dah dapat. Dalam Quran pun dah sebut: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Surah Ibrahim, 14 : 7 Salam Ramadhan Mubarak. Semoga yang baik baik buat kita semua 💚
Rutin setiap kali 10 akhir Ramadhan. Ibu ayah mertua akan beraya di sana. Setel puasa 6 baru mereka balik. Dari awal kahwin mmg itu lah yang berlaku. Dulu dulu pernah tanya ibu kenapa nak beraya kat sana? Ibu kata, “Ibu mmg dari dulu impian nak beraya kat sana. Nak sambut 10 akhir Ramadhan dan sambut raya kat sana. Suasana nya tak sama macam kat Malaysia. Tapi memkirkan anak kecik lagi maka simpan je hasrat tu. Bila anak anak kahwin, dah ada yang jaga makan minum baru boleh tunaikan impian tu” Saya pernah beraya dengan mertua masa PKP je. Tu pun sbb tak boleh terbang. Selalu sebenarnya rasa jeles sbb ibu ayah mertua ni kalau pergi buat umrah macam KL JB je. Mereka bukan kaya pun. Tapi bab mengerjakan umrah ni satu perkara yang saya belajar. “Allah tidak memanggil orang yang mampu, tapi Allah akan mampukan orang yang terpanggil” Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga mendapat umrah yang makbul ibu ayah. Selamat Hari Raya💚 Mula dah lah rindu Mekah Madinah😭
BismillahimasyaAllah. Alkisahnya hari tu gi umrah. Hari hari terakhir dok buat tawaf sunat tiba tiba rasa perut macam bergerak gerak. Gerak ni macam gerak baby. Kito nya mmg jenis kalau susukan anak period tak teratur jadi mmg tak tahu kalau ngandung ke tak ngandung. Sebelum nak balik Malaysia tu, bawah hotel tu ada farmasi. Nak cari losyen sebenarnya sbb kulit dah start kering dengan cuaca kat sana. Sekali beli lah sekali pregnancy test. Saje je nak check. Sampai je bilik terus check. Masya Allah double line. Yang tau roomate dalam bilik je lah. Balik tu terus bagitau suami dengan selitkan dalam hadiah dia. Minggu depan nya gi check kat klinik utk pastikan. Register kat kaunter “Puan mengandung berapa weeks?” “Saya tak tahu lah sbb sy mmg kalau susukan anak mmg on off period jadi sy tak tahu” Bila scan je tersenyum senyum kita bila Doc bagitau “Puan, dah besar ni baby. Dah cukup semua nya. Kandungan puan masuk 24 minggu” Rupanya ada yang diam diam dalam perut ikut gi umrah. Tapi bagus jugak kalau tak tau awal sbb kalau tak mesti terikat nak pulun habis habis kat umrah. Alasan ada baby dalam perut🤣 Hahah tapi bila tau baby dah besar terkedu tak terkedu sangat sbb ni bukan pertama kali tau mengandung bila baby dah besar dalam perut. Sebenarnya tak nak bagitau. Nak diam diam dulu. Nnt alih alih lepas bersalin alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke 6. Tapi bila buat live, ramai yang tanya. Maklum lah perut dah tak boleh nak sorok lagi lagi bila dah 7 bulan ni perut membesar dengan jaya nya. Lagi 2 bulan je nak bersalin. Eii walaupun anak masuk 6 nebes dia masih tak boleh bawak bincang ya tiap kali mengenangkan contraction 🤣 Alhamdulillah ala kulli hal. Rezeki dari Allah. Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga 💚
Bila mengandung dah 8 bulan lebih ni dia macam perlu lebih kuatkan semangat untuk terus jalani rutin harian. Setiap kali live mesti ada yang tanya, “Macam mana puan masih kuat walau dah sarat?” Entahlah wak. Secara jujurnya saya mintak je kekuatan dari Allah. Sebab kalau nak ikut kudrat sendiri saya mmg tak mampu tapi alhamdulillah Allah yang beri kemampuan, kelapangan dan kekuatan. Bangun pagi serah dulu semua kat Allah. Insya Allah setiap urusan kita Allah akan mudahkan. Sy doakan semoga semua ibu ibu juga terus kuat. Semoga pahala untuk kita ibu ibu 💚