Demi Allah saya tak berkecil hati dengan tuguran yang baik dari mereka yang ikhlas dan benar. Saya Mohd Firdaus bin Mat Akhir, Imam dan Pengerusi Masjid Al Al Busyra Merbok dengan rendah diri dan hina serta dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W mohon ampun kepada Allah S.W.T dan mohon maaf kepada semua yang tidak senang dengan adegan dalam Majlis Sejuta Selawat di Masjid Al Busyra Merbok baru-baru ini. Saya sedikit pun tidak ingin mempertahankan diri saya yang lemah dan sering melakukan kesalahan walaupun saya boleh memberi berbagai alasan untuk mendapatkan sokongan. Saya berjanji dengan nama Allah dan Nabi Muhammad tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi dengan mencemarkan majlis yang mulia. Saya hanya harap Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya serta akan dipandang oleh Nabi Muhammad di akhirat kelak. Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian. Sebagai menebus kesalahan dan kesilapan saya, pada mawlid yang akan datang tidak lama lagi saya akan sedekahkan 5 ekor lembu kepada 5 tempat yang berasingan yang akan meraikan majlis Mawlid. Sila hubungi PA saya jika Masjid, Surau atau Madrasah yang memerlukan lembu sempena Majlis Mawlid akan datang.