Jom pakat ramai-ramai berifthar di Dataran Medan Bandar Alor Setar Setiap hari Jumaat kita adakan pengisian dr pukul 6.00ptg sehingga 7.30mlm sepanjang bulan Ramadhan #Ramadan #iftar
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Kedah Tarikh: 6 April 2025 Tempat: Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Masa: 5 pm - 11 malam Demi nak raikan bersama, depa buat petang sampai malam. Yang gheja siang boleh mai lepas balik gheja. Yang posa 6, boleh mai buka posa & raya kat kediaman MB. Macam-macam ada. Mai jangan tak mai
Petang kemarin ada kesempatan dengan kawan-kawan pejabat pi Bazar Ramadhan Pokok Sena. sambil pi beli juadah berbuka sambil bersua muka dengan orang Pokok Sena. Bazar Pokok Sena best!👍 Next? #experiencekedah #Ramadan
MAIN DALAM PANAS, LAWAN SAMPAI MENANG Main Kabaddi tengah panas bukan sekadar nak berpeluh. Ini simbol semangat... Semangat perpaduan, semangat melawan, dan semangat mempertahankan hak rakyat yang makin lama makin dicuit-cuit. Di gelanggang ini, kita bukan hanya bermain — kita tunjuk bahawa memperjuangkan hak rakyat bukan main-main. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan gelanggang Kabaddi pagi tadi. Ramai... Alhamdulillah. #PRKAyerKuning #PerikatanNasional #KabaddiRakyat #LawanSampaiMenang
Majlis iftar bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Masjid Mohamad Iskandar Wan Tempawan, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar. Masjid ini telah didirikan pada tahun 1995 atas sumbangan oleh keluarga Tun dan dinamakan sempena nama ibu dan bapa beliau. Semoga Allah merahmati Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sekeluarga. #iftar #Ramadan
Pepatah orang-orang tua, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Tapi janji hanya tinggal janji.. Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional, PRK N48 Ayer Kuning.
Dema nak buat pertandingan golf pulak… Kita ni tak besa katok kayu golf. Mesin rumput gheti la. Mari la belaja katok. Sat bola ghi kiri, sat bola ghi kanan. Cara tak besa, gitu laa dey..
Muka serius kan na…? Dok dengar taklimat berkaitan Kedah Aerotropolis. Kita nak usaha bagi jadi. Saya mengharapkan doa semua untuk Allah permudahkan urusan ni. Kita buat sampai jadi… #thegreaterkedah #kxp #kedahaerotropolis
Selamat Pengantin Baru Akhyar Rashid dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati Allah SWT, dipenuhi dengan kasih sayang, persefahaman, dan kebahagiaan hingga ke jannah. Layari alam rumah tangga dengan sabar, tenang dan saling menyokong dalam setiap langkah kehidupan.
Petang tadi saya pi terjah Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman pulak. Bazar stadium ni antara bazar ramadhan yang paling ramai pengunjung mai beli juadah berbuka tiap-tiap tahun. Next kita nak pi bazar mana pulak? #Ramadan #iftar
M生活中,我们必须尝试一切,只要我们不犯错。练习,反复的训练。随着时间的推移,慢慢会掌握。 之前我们尝试了卡巴迪运动,这次我们尝试了舞大旗。我以前从来没有试过舞大旗表演。这仅仅是个开始尝试。 Dalam hidup ni kita kena cuba semua benda, asalkan tak salah. Berlatih, bermain. Lama-lama akan jadi pandai. Sebelum ni kita cuba kabbadi, kali ni kita cuba chingay. Chingay ni pun saya tak pernah main sebelum ni. Ni baru nak mula.